MyDigital ID mampu kekang ‘scammer’, Bukit Aman galak lebih ramai rakyat daftar

Polis Diraja Malaysia (PDRM) menerusi Bukit Aman berpandangan penggunaan MyDigital ID mampu membantu mengurangkan kes penipuan dalam talian yang semakin membimbangkan di negara ini.
Sistem identiti digital itu dilihat dapat memperkukuh proses pengesahan identiti pengguna sekali gus menyukarkan sindiket penipuan menggunakan identiti palsu.
Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman, Datuk Seri Ramli Mohamed Yoosuf berkata, MyDigital ID boleh menjadi antara langkah penting dalam usaha membendung jenayah siber kerana setiap identiti pengguna perlu disahkan melalui pangkalan data rasmi kerajaan.
Dalam masa sama, Bukit Aman menggesa orang ramai supaya terus meningkatkan kesedaran keselamatan siber dan tidak mudah terpedaya dengan tawaran atau mesej mencurigakan.




