Sukan

Parking lebih mahal daripada tiket? penyokong England bayar hampir RM4,500 untuk letak kereta

Seorang penyokong pasukan England terpaksa membayar £780 (kira-kira RM4,452) hanya untuk meletakkan kereta ketika menghadiri aksi kelayakan Piala Dunia 2026 antara England dan Andorra di Stadium RCDE, Barcelona, Sepanyol pada Sabtu lalu.

Penyokong terbabit, Paul Smith, berkata dia terkejut apabila dikenakan caj berkenaan selepas meletakkan kenderaannya di kawasan parkir berhampiran stadium sebelum menyaksikan kemenangan England 1-0 ke atas Andorra.

Insiden tersebut mencetuskan perhatian ramai penyokong bola sepak di media sosial, dengan ramai menganggap caj berkenaan tidak masuk akal.

Smith dilaporkan sedang berusaha mendapatkan penjelasan dan bayaran balik daripada pihak berkaitan selepas menyedari jumlah yang dipotong daripada akaunnya.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker