
Syarikat mainan LEGO melancarkan koleksi khas sempena Piala Dunia FIFA 2026.
Koleksi ini menampilkan beberapa bintang bola sepak dunia seperti Cristiano Ronaldo, Lionel Messi, Kylian Mbappé dan Vinícius Júnior dalam bentuk figura mini.
Setiap figura direka dengan jersi negara dan gaya tersendiri, termasuk beberapa momen ikonik pemain.
Koleksi ini dijangka mula dijual pada Mei ini, sebagai sebahagian kempen menjelang kejohanan Piala Dunia 2026.




