Malaysia

Dua beradik perempuan maut terperangkap dalam kebakaran rumah di Sitiawan

Dua beradik perempuan masing-masing berusia 15 dan 18 tahun maut selepas terperangkap dalam kebakaran yang melibatkan dua rumah berkembar dua tingkat di Kampung Koh, Sitiawan, Perak, pagi Jumaat.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, Datuk Sayani Saidon berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 9.01 pagi sebelum anggota bomba tiba di lokasi sembilan minit kemudian.

Kebakaran itu menyebabkan hampir 90 peratus daripada kedua-dua rumah berkenaan musnah.

Kebakaran turut memusnahkan empat kenderaan, iaitu dua kereta Proton Saga, sebuah Proton Perdana dan sebuah motosikal.

Operasi pemadaman melibatkan 20 anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sitiawan dan Seri Manjung serta bantuan Pasukan Bomba Sukarela Pantai Remis. Kebakaran berjaya dikawal pada jam 10.30 pagi.

Menurut Sayani, kerja-kerja pemeriksaan dan pemadaman sisa kebakaran masih dijalankan bagi mengelakkan api daripada kembali merebak.

Pasukan Khas Unit Anjing Pengesan (K9) turut dihubungi bagi membantu siasatan, manakala punca kebakaran masih belum dikenal pasti dan sedang disiasat.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker