Malaysia
Ibu, anak lelaki ditemui maut di rumah Sungai Petani

PETALING JAYA:
Seorang wanita warga emas dan anak lelakinya ditemui maut di sebuah rumah di Sungai Petani, Kedah semalam.
Polis percaya kedua-duanya telah meninggal dunia lebih 48 jam.
Laporan diterima daripada orang awam sekitar 6.05 petang.
Polis terpaksa memecah masuk rumah yang berkunci dari dalam.
Mangsa lelaki berusia lingkungan 40-an, manakala ibunya 70-an.
Seorang ditemui di ruang tamu, seorang lagi di dapur.
Tiada kesan kecederaan ditemui.
Kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut, menunggu laporan bedah siasat.




