Dunia
AS–Iran beri kenyataan bercanggah mengenai rundingan; Trump tangguh serangan

Presiden Donald Trump berkata beliau menangguhkan serangan ke atas loji kuasa Iran selepas perbincangan “produktif” dengan Tehran
Namun, Speaker Parlimen Iran menafikan sebarang rundingan berlaku, menyifatkannya sebagai “berita palsu”
Pegawai Kementerian Luar Iran memaklumkan Tehran menerima beberapa “cadangan” daripada AS melalui perantara sebagai kemungkinan langkah awal rundingan
Rumah Putih pula menegaskan spekulasi mengenai pertemuan tidak boleh dianggap muktamad
Dalam perkembangan sama, harga minyak dunia kembali melepasi AS$100 setong selepas kejatuhan awal minggu ini




