DuniaHiburan

Anirudh Ravichander dan Kavya Maran dikhabarkan bakal berkahwin di Greece November ini

Komposer muzik terkenal India, Anirudh Ravichander, dilaporkan bakal berkahwin dengan Kavya Maran dalam satu majlis di Greece pada 11 November.

Menurut laporan, pasangan itu turut merancang mengadakan majlis resepsi di Chennai, India, pada 21 November ini. Tarikh berkenaan menggantikan perancangan awal yang dilaporkan pada 14 November.

Kavya Maran merupakan anak kepada pemilik Sun Group, Kalanithi Maran, manakala Anirudh terkenal menerusi karya muzik dalam industri filem Tamil.

Bagaimanapun, setakat ini, Anirudh dan Kavya belum mengesahkan secara rasmi khabar angin mengenai perkahwinan serta butiran majlis berkenaan. Pelakon terkenal, Thalapathy Vijay, turut dilaporkan antara tetamu yang dijangka hadir.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker