Malaysia
PM Anwar panggil mesyuarat khas Isnin ini, bincang isu jerebu

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, akan mempengerusikan mesyuarat khas pada Isnin ini bagi membincangkan situasi jerebu yang semakin membimbangkan negara.
Mesyuarat itu bertujuan membincangkan langkah menangani jerebu rentas sempadan yang menjejaskan kualiti udara di beberapa kawasan di Malaysia.
Isu itu timbul susulan kebakaran hutan dan tanah di Indonesia yang menyebabkan jerebu merebak ke negara jiran, termasuk Malaysia. Keadaan tersebut turut menimbulkan kebimbangan terhadap kesihatan orang ramai.
Kerajaan sebelum ini telah mengadakan perbincangan dengan Indonesia bagi menangani masalah berkenaan. Mesyuarat khas itu dijangka memberi tumpuan kepada usaha menangani keadaan jerebu yang masih berlarutan.



