Malaysia
Pegawai trafik CAAM maut, motosikal terbabas di Tawau

Seorang pegawai trafik udara Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM) Tawau, 55, maut selepas motosikal Yamaha RXZ ditunggangnya terbabas dan terperosok di bawah Toyota Camry di Batu 3, Jalan Apas, semalam.
Ketua Polis Daerah Tawau, Asisten Komisioner Rosdi Mat Jusoh berkata, kejadian berlaku kira-kira jam 6 petang ketika kedua-dua kenderaan bergerak dalam arah sama. Mangsa dipercayai hilang keseimbangan akibat permukaan jalan tidak rata sebelum terjatuh di hadapan Toyota Camry.
Mangsa mengalami kecederaan di kepala dan meninggal dunia di lokasi kejadian. Mayatnya dibawa ke Hospital Tawau untuk bedah siasat, manakala pemandu Toyota Camry berusia 28 tahun tidak mengalami kecederaan.




