Malaysia

Layak ke ‘demand’ gaji RM3,500 kalau temu duga pun sangkut?

Pempengaruh kesihatan, Dr Malar Santhi meluahkan kebimbangan terhadap sikap segelintir graduan baharu yang didakwa kurang bersedia menghadapi temu duga kerja namun tetap menuntut gaji tinggi.

Beliau berkongsi pengalaman menemu duga calon lepasan universiti yang gagal menjelaskan pengalaman atau kebolehan asas.

Dr Malar menyatakan hasrat untuk menganjurkan bengkel temu duga secara percuma bagi membantu anak muda meningkatkan keyakinan serta kemahiran komunikasi sebelum memasuki dunia pekerjaan.

Rata-rata netizen di ruangan komen berpendapat isu tersebut lebih berkait dengan sikap dan persediaan diri, bukan kekurangan program atau latihan.

Mereka menegaskan kebanyakan universiti sudah menyediakan panduan kerjaya, namun calon sendiri perlu lebih proaktif, fleksibel dan bersedia mempelajari perkara baharu jika mahu memenuhi keperluan pasaran kerja semasa.

Ada juga yang mempertikaikan bahawa permintaan gaji RM3,500 itu terlalu tinggi ketika sesetengah individu yang sudah bekerja hampir 10 tahun pun tidak dibayar sebanyak itu.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker