Malaysia

Sidang Kemuncak ASEAN: Muhyiddin kritik sambutan melampau kepada Trump ketika Palestin masih diserang

Pengerusi Perikatan Nasional, Tan Sri Muhyiddin Yassin menyuarakan rasa kesal terhadap layanan istimewa yang diberikan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim kepada Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump ketika ketibaannya di KLIA.

Menurutnya, kemeriahan dan simbolik sambutan yang dipamerkan kerajaan menimbulkan persoalan sama ada Malaysia kini lebih mengutamakan status tetamu berbanding prinsip kemanusiaan yang selama ini dipertahankan.

Beliau mengingatkan, kunjungan pemimpin yang secara terbuka menyokong rejim Zionis Israel berlaku ketika rakyat Palestin masih diserang dan bergelut dengan kebuluran di Gaza.

Dalam situasi itu, tindakan meraikan Trump dengan penuh keceriaan dianggap bertentangan dengan pendirian tegas Malaysia yang lantang mengutuk kekejaman Israel di pentas antarabangsa.

Muhyiddin turut menegur aksi Perdana Menteri yang dilihat begitu mesra, termasuk menari bersama Trump, sehingga seolah-olah melupakan sensitiviti rakyat yang bersolidariti terhadap Palestin.

Katanya, Trump melambangkan dasar luar Amerika Syarikat yang melindungi tindakan kejam Israel, dan sambutan berlebihan terhadap tokoh tersebut hanya mencalarkan maruah negara.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker