Hiburan

“Rumah tak sempurna tanpa Lisa” – Yusry sebak sambut kepulangan Lisa Surihani dari tanah suci

Pelakon dan pengarah terkenal, Yusry Abdul Halim meluahkan rasa syukur apabila isterinya, Lisa Surihani, selamat pulang ke tanah air selepas menunaikan ibadah haji di Tanah Suci Makkah.

Ketibaan Lisa pada Jumaat disambut penuh emosi oleh Yusry bersama tiga cahaya mata mereka yang tidak sabar melepaskan rindu selepas lebih sebulan berjauhan.

Menerusi rakaman video yang dikongsikan di Instagram, Yusry, 53, mengakui rumah mereka terasa kosong sepanjang ketiadaan isterinya.

Baginya, meskipun segala urusan keluarga berjalan lancar, kehadiran Lisa tetap menjadi pelengkap utama.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker