Hiburan
Wanita cetus kekecohan ketika ‘showcase’ Afgan, cuba terjun dari tingkat atas mall

Suasana persembahan penyanyi terkenal Indonesia, Afgan bertukar kecoh apabila seorang wanita mengganggu showcase yang berlangsung di pusat beli-belah Grand Indonesia, Jakarta pada Khamis.
Menerusi video tular di instagram, wanita terbabit dilihat berada di tingkat atas pusat beli-belah sambil memegang mikrofon dan pembesar suara mudah alih miliknya sendiri.
Tindakannya bercakap menggunakan mikrofon dipercayai mengganggu persembahan Afgan dan perhatian pengunjung yang sedang menyaksikan acara tersebut.
Pihak keselamatan akhirnya berjaya mengawal dan membawa keluar wanita itu selepas dia enggan memberi kerjasama, menyebabkan persembahan Afgan terhenti seketika sebelum diteruskan semula.




