Malaysia
Pelajar persoal KJ, Amirudin dan Onn Hafiz isu rasuah, raih perhatian

Seorang mahasiswa Universiti Malaya, Ummi Umairah Bakhit, meraih perhatian apabila mempersoalkan pendirian Khairy Jamaluddin, Menteri Besar Selangor Datuk Seri Amirudin Shari dan Menteri Besar Johor Datuk Onn Hafiz Ghazi mengenai isu rasuah.
Soalan itu dibangkitkan ketika sesi dialog sempena Sidang Kemuncak Pemimpin Masa Depan Muda Antarabangsa (iFUTURE) di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur pada 12 Oktober lalu.
Beliau turut membangkitkan isu Tabung Haji dan kutipan derma bagi membantu bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, membayar denda RM50 juta.
Ketiga-tiga pemimpin itu mengakui kepentingan membanteras rasuah, dengan penekanan terhadap integriti, keadilan dan penguatkuasaan undang-undang tanpa mengira parti politik.




