Malaysia

Laluan LRT Shah Alam mula beroperasi Isnin depan

Laluan LRT Shah Alam yang sebelum ini dikenali sebagai LRT3 akan mula beroperasi sepenuhnya pada Isnin depan, kata Menteri Pengangkutan, Anthony Loke.

Majlis perasmian dijadual berlangsung sehari lebih awal iaitu pada Ahad dan akan disempurnakan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim di depot utama laluan tersebut.

Projek yang bermula pada 2017 itu pada asalnya dijangka beroperasi pada 2025. Namun, beberapa kelewatan berlaku susulan isu kestabilan sistem dan perisian yang dikenal pasti ketika fasa ujian serta pentauliahan.

Laluan sepanjang 37.8km ini mempunyai 25 stesen dari Bandar Utama ke Johan Setia, termasuk UiTM Shah Alam, Stadium Shah Alam dan Bandar Bukit Tinggi, serta bersambung dengan MRT Kajang dan LRT Kelana Jaya.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker