Malaysia

Tidak serik-serik.. polis siasat kes bendera terbalik di Pontian

Polis membuka kertas siasatan berhubung kejadian Jalur Gemilang dipasang terbalik di sebuah klinik pergigian di Pusat Perdagangan Pontian pada Rabu, selepas insiden itu tular di media sosial.

Siasatan awal mendapati ia berpunca daripada kecuaian pekerja klinik tanpa sebarang niat menghina simbol kebangsaan. Pemilik premis turut memberikan kerjasama dan segera membetulkan kedudukan bendera.

Kes disiasat mengikut Seksyen 5 Akta Lambang dan Nama (Mencegah Penggunaan Tidak Wajar) 1963 serta Seksyen 14 Akta Kesalahan Kecil 1955.

Orang ramai dinasihatkan tidak membuat spekulasi atau menyebarkan maklumat tidak sahih yang boleh menjejaskan ketenteraman awam.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker