Malaysia

Motosikal ditunggangi laju sehingga rempuh dan dihempap papan tanda, lelaki 68 tahun maut

Seorang lelaki berusia 68 tahun maut selepas motosikal yang ditunggangnya meluncur laju, hilang kawalan dan terbabas sebelum merempuh tiang papan tanda berhampiran Bulatan Pasir Pekan, Tumpat pagi tadi.

Dalam kejadian sekitar jam 8.30 pagi itu, motosikal mangsa dikatakan gagal dikawal ketika melalui bulatan, lalu terbabas ke bahu jalan dan merempuh papan tanda iklan sehingga ia tumbang ke laluan utama.

Ketua Polis Daerah Tumpat, Asisten Komisioner Mohd. Khairi Shafie berkata, siasatan awal mendapati, semasa kejadian mangsa dari arah Wakaf Bharu ke Kota Bharu melalui Jalan Kota Bharu- Pengkalan Kubor.

Mangsa mengalami kecederaan parah di kepala dan meninggal dunia di lokasi kejadian walaupun polis trafik berada berhampiran ketika insiden berlaku.

Mayat mangsa kemudian dihantar ke Hospital Tumpat untuk proses bedah siasat, manakala siasatan dijalankan mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker