HiburanMalaysia

Siti Nurhaliza minta peminat tak undi, pilih tarik diri daripada AMT2026

Biduanita Negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza, mengambil keputusan untuk menarik diri daripada pencalonan kategori ‘Keluarga Selebriti Terhangat’ bagi Anugerah Melodi Terhangat 2026 (AMT2026).

Keputusan itu dibuat selepas beliau dan suaminya, Datuk Seri Khalid Mohamad Jiwa atau Datuk K, mencapai kata sepakat untuk tidak meneruskan penyertaan dalam kategori berkenaan.

Menerusi hantaran di Threads, Datuk Siti memaklumkan beliau tidak mengetahui dirinya bersama keluarga telah dicalonkan. Beliau turut merakamkan penghargaan kepada pihak Melodi atas pencalonan tersebut.

Beliau juga meminta peminat supaya tidak mengundi mereka, sambil menghargai sokongan dan usaha yang diberikan.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker