Malaysia
Kes buli IKBN Miri: KBS pandang serius, gesa siasatan menyeluruh

Kementerian Belia dan Sukan (KBS) menggesa siasatan menyeluruh dilakukan terhadap insiden buli di Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) Miri.
KBS memandang serius kejadian pada 19 September lalu yang membabitkan sekumpulan pelajar menyerang seorang pelajar lain, kerana ia melibatkan isu keselamatan, maruah dan disiplin pelajar.
Insiden itu hanya dilaporkan kepada pihak IKBN pada 22 September selepas tular di media sosial.
Pihak pengurusan kemudian segera menjalankan siasatan dan bekerjasama dengan Polis Diraja Malaysia (PDRM) untuk tindakan lanjut.
KBS menegaskan perbuatan buli mengancam suasana pembelajaran yang sihat dan selamat di semua institusi latihan di bawahnya.




