Dunia

Pulang awal sebelum nahas maut, dua pengawal trafik udara disiasat

Dua pengawal trafik udara di Lapangan Terbang LaGuardia, New York, dilaporkan meninggalkan tempat kerja kira-kira sejam sebelum tamat syif pada 22 Mac lalu, ketika berlaku nahas maut membabitkan pesawat Air Canada dan sebuah trak bomba.

Nahas itu berlaku ketika pesawat berkenaan mendarat dan bertembung dengan trak bomba di landasan, menyebabkan dua juruterbang maut. Enam lagi individu turut mengalami kecederaan serius.

Menurut laporan, tindakan meninggalkan tugas lebih awal itu dikenali dalam industri sebagai “early shove”. Akibatnya, hanya dua pengawal yang tinggal di menara kawalan untuk mengendalikan trafik udara yang ketika itu lebih dua kali ganda daripada jumlah biasa.

Susulan penemuan itu, Pentadbiran Penerbangan Persekutuan Amerika Syarikat atau FAA dilaporkan sedang mengambil tindakan untuk memecat kedua-dua pengawal terbabit.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker