
Nepal menolak tawaran bantuan operasi mencari dan menyelamat (SAR) daripada beberapa negara susulan banjir dahsyat yang mengorbankan hampir 500 orang.
Kementerian Luar Nepal berkata, pasukan keselamatan tempatan masih mampu mengendalikan operasi SAR dan belum memerlukan bantuan asing.
Antara negara yang menawarkan bantuan ialah India, China, Amerika Syarikat, Britain, Jepun, Korea Selatan, Sri Lanka dan Bangladesh.
Nepal turut menegaskan keputusan itu bukan disebabkan sensitiviti China, manakala Korea Selatan tetap menyalurkan bantuan kemanusiaan bernilai AS$1 juta melalui pertubuhan antarabangsa.



