11 Cedera dalam nahas 4 kenderaan di persimpangan lampu isyarat Paka

Seramai 11 individu cedera dalam kemalangan membabitkan empat kenderaan di persimpangan lampu isyarat Taman UDA, Paka, Dungun, malam tadi.
Menurut Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Terengganu, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 9.54 malam sebelum sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Paka tiba di lokasi kira-kira lima minit kemudian.
Kemalangan itu melibatkan sebuah Proton Persona, Toyota Hilux, Isuzu D-Max dan Perodua Axia. Seorang wanita dewasa yang merupakan penumpang Proton Persona didapati tersepit di dalam kenderaan berkenaan, manakala pemandu kereta itu turut mengalami kecederaan.
Menurut laporan, sebahagian mangsa berjaya dikeluarkan oleh orang awam sebelum bomba tiba. Operasi melibatkan lima anggota bersama sebuah jentera itu tamat sepenuhnya pada jam 10.50 malam.




