Malaysia

Tiga bom mortar ditemui di Dengkil dimusnahkan polis

Polis memusnahkan tiga bom mortar yang ditemui seorang lelaki ketika mengasingkan besi buruk di Kampung Dato Ahmad Razali, Dengkil.

Ketua Polis Daerah Sepang, Norhizam Bahaman berkata, laporan diterima kira-kira jam 3 petang semalam selepas objek itu ditemukan dalam tong RORO di luar sebuah rumah.

Dua bom berukuran 60 milimeter dan satu lagi 81 milimeter dimusnahkan Unit Pemusnah Bom di tapak pembinaan terbuka di Dengkil kira-kira jam 9.20 pagi.

Orang ramai dinasihatkan tidak menyentuh atau mengalihkan objek disyaki bahan letupan dan segera menghubungi polis.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker