Malaysia

Rusuhan depan sekolah, 11 lelaki mengaku tidak bersalah

Seramai 11 lelaki mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret 2 hari ini atas pertuduhan bersama-sama merusuh dan memiliki benda yang boleh digunakan sebagai senjata.

Mereka didakwa terlibat dalam rusuhan di hadapan Sekolah Jenis Kebangsaan Cina Kong Ming Cawangan Kedua, Air Itam, pada jam 2.45 pagi, 29 Ogos lalu.

Mahkamah menetapkan jaminan RM6,000 dengan seorang penjamin bagi setiap tertuduh. Kes ditangguhkan sehingga 19 Oktober untuk serahan dokumen. Jika sabit kesalahan, mereka boleh dipenjara sehingga lima tahun, didenda atau kedua-duanya.

Sebelum ini, polis menahan 23 lelaki tempatan bagi membantu siasatan. Rusuhan itu dipercayai berpunca daripada salah faham berkaitan hutang dan dikaitkan dengan kumpulan Geng 04, namun hutang berkenaan tidak melibatkan kegiatan pinjaman wang tidak berlesen.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker