Malaysia
Mayat bayi perempuan tujuh bulan ditemukan dalam tong sampah di Bangsar

Mayat seorang bayi perempuan yang dianggarkan berusia tujuh bulan ditemukan dalam tong sampah di kawasan pembuangan sampah di Bangsar, pada Jumaat.
Ketua Polis Daerah Brickfields, Asisten Komisioner Hoo Chang Hook berkata, polis menerima laporan mengenai penemuan itu pada jam 10.43 pagi.
Mayat bayi berkenaan dibawa ke Unit Forensik Hospital Kuala Lumpur (HKL) untuk bedah siasat.
Kes disiasat mengikut Seksyen 318 Kanun Keseksaan.




