
Jenama penjagaan diri lelaki dari Indonesia, Kahf, berdepan gesaan boikot di Malaysia selepas hantaran meme bola sepak di media sosial mencetuskan kontroversi.
Hantaran di Threads itu memaparkan bendera Indonesia di atas bendera Malaysia, Singapura dan Thailand, bersama perkataan “hati-hati beda level”, selepas Indonesia menjuarai FIFA ASEAN Cup pada 5 Oktober lalu.
Kahf memadam hantaran itu dan memohon maaf pada 7 Oktober. Bagaimanapun, gesaan boikot terus tersebar, termasuk terhadap Wardah, jenama kosmetik di bawah syarikat induk yang sama, ParagonCorp.
Menurut laporan Channel NewsAsia, pakar komunikasi mengingatkan jenama supaya lebih peka terhadap sensitiviti budaya serantau. Namun, kesan boikot mungkin bersifat sementara jika pengguna kembali mengutamakan harga dan kualiti produk.




