Dunia
Disangka meninggal, remaja tiba-tiba bangun dari keranda

Seorang remaja perempuan, Yuleidy Ixcotoyac, mengejutkan keluarga apabila tiba-tiba sedar ketika upacara penghormatan terakhir di El Jocote, Guatemala, pada Sabtu.
Bapanya, Abraham Ixcotoyac, menyangka Yuleidy meninggal dunia selepas mendapati anaknya tidak bernafas ketika dalam perjalanan ke hospital. Dia kemudian membawa Yuleidy pulang dengan keranda tanpa pemeriksaan doktor.
Bagaimanapun, ibu Yuleidy, Lesvia RĂos, menyedari anaknya mula bergerak sebelum remaja itu sedar dan bangun dari keranda, mengejutkan orang ramai yang hadir.
Yuleidy berkata dia mengalami sakit dada sebelum pengsan. Punca kejadian masih belum dijelaskan secara rasmi oleh pihak berkuasa kesihatan Guatemala.




