Malaysia
Jerebu: Sekolah di empat negeri dan sembilan daerah ditutup esok

Semua sekolah di Johor, Melaka, Negeri Sembilan dan Putrajaya ditutup esok susulan keadaan jerebu yang berterusan.
Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek, berkata penutupan turut melibatkan sekolah di empat daerah di Selangor, iaitu Hulu Langat, Petaling Perdana, Kuala Langat dan Sepang, serta dua daerah di Pahang, iaitu Kuantan dan Rompin.
Bagaimanapun, sekolah di Kuala Lumpur, Labuan, Kedah, Kelantan, Perlis, Pulau Pinang, Perak, Terengganu, Sabah dan Sarawak kekal beroperasi seperti biasa. Sekolah di daerah lain yang tidak terjejas di Selangor dan Pahang juga dibuka.
Berdasarkan laporan, penutupan sekolah bagi Rabu, 14 Oktober melibatkan tiga negeri dan sembilan daerah, dengan pelaksanaan Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR).




