Malaysia
Jerebu semakin buruk, Klang dan Johan Setia catat IPU 192

Keadaan jerebu di Lembah Klang semakin buruk apabila bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) di beberapa kawasan menghampiri tahap sangat tidak sihat pagi ini.
Menurut data Sistem Pengurusan Indeks Pencemaran Udara Malaysia (APIMS), Klang dan Johan Setia di Selangor mencatat bacaan tertinggi iaitu 192 setakat jam 8 pagi.
Selain itu, beberapa kawasan lain turut merekodkan bacaan tidak sihat, termasuk Shah Alam pada 181, Putrajaya pada 175 dan Cheras pada 172. Bacaan IPU antara 101 hingga 200 dikategorikan sebagai tidak sihat, manakala bacaan 201 hingga 300 dikategorikan sebagai sangat tidak sihat.
Keadaan jerebu turut menjejaskan beberapa negeri lain, termasuk Johor, Negeri Sembilan dan Melaka.




