Malaysia

Lim Guan Eng mahu hukuman rotan pelajar dikembalikan

Lim Guan Eng (PH-Bagan) mencadangkan supaya Kementerian Pendidikan (KPM) mempertimbangkan semula pelaksanaan hukuman rotan sebagai langkah mendisiplinkan pelajar.

Beliau menekankan keperluan garis panduan yang ketat dan latihan psikologi kepada guru, selain pelaksanaannya turut meliputi sekolah swasta.

Lim turut mencadangkan pemasangan kamera litar tertutup di sekolah bagi tujuan pemantauan keselamatan.

Sementara itu, Rodziah Ismail (PH-Ampang) menggesa KPM menubuhkan Task Force Beban Guru dan Keselamatan Sekolah bagi meneliti isu beban kerja pentadbiran guru.

Beliau mencadangkan sistem digital pendidikan tunggal diwujudkan bagi menyelaras laporan antara KPM, JPN dan PPD agar tidak bertindih.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker