Malaysia
Warga emas maut dirempuh kereta sendiri ketika mengundur

Seorang lelaki warga emas dilaporkan meninggal dunia selepas dipercayai dilanggar kereta miliknya sendiri yang bergerak secara mengundur dalam kejadian di Kuala Lumpur pada Rabu.
Menurut laporan, mangsa difahamkan tidak menarik ‘hand brek’ lalu kereta bergerak sendiri dalam keadaan mengundur.
Kenderaan tersebut melanggar mangsa sehingga menyebabkan kecederaan parah.
Orang awam yang berada di lokasi cuba membantu sebelum mangsa disahkan meninggal dunia.




