Dunia

Lagi banyak bunuh penjenayah, lagi tinggi bonus diberi kepada polis

Parlimen negeri Rio de Janeiro, Brazil, meluluskan skim bonus kontroversi kepada anggota dan pegawai polis yang membunuh penjenayah, langkah yang mencetuskan bantahan meluas daripada aktivis hak asasi manusia kerana dikhuatiri mendorong pembunuhan beramai-ramai.

Program yang digelar Bonus Wild West itu pernah dilaksanakan pada 1995 hingga 1998 tetapi dihentikan selepas angka kematian akibat tindakan polis melonjak. Kini, ia hanya menunggu pengisytiharan Gabenor Claudio Castro untuk dikuatkuasakan.

Skim ini menawarkan ganjaran antara 10 hingga 150 peratus daripada gaji, bukan sahaja untuk membunuh penjenayah tetapi juga apabila polis berjaya merampas senjata berkaliber berat. Kritikan mendakwa langkah tersebut menggalakkan keganasan dan menjadikan kematian sebagai sebahagian dasar awam.

Di Rio, operasi polis yang agresif sering menyasarkan kawasan setinggan atau favela yang dikuasai pengedar dadah. Statistik rasmi mencatatkan 703 kematian dalam campur tangan polis sepanjang 2024, bersamaan hampir dua nyawa melayang setiap hari.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker