Malaysia

Dera, paksa kanak-kanak makan najis, bekas pemandu e-hailing dipenjara 8 tahun 6 bulan

Bekas pemandu e-hailing, Chan Wen Jin, 32, dijatuhi hukuman penjara lapan tahun enam bulan oleh Mahkamah Tinggi pada Rabu selepas mengaku bersalah mendera kanak-kanak lelaki berusia tiga tahun hingga menyebabkan kematiannya pada 2022.

Pesuruhjaya Kehakiman, Datuk Abdul Fareed Abdul Gafoor, memerintahkan hukuman itu berkuat kuasa dari tarikh tertuduh ditangkap pada 3 Oktober 2022. Mahkamah turut memerintahkannya menjalani kerja komuniti selama 36 jam dan bon berkelakuan baik selama tiga tahun.

Mahkamah menyifatkan perbuatan tertuduh memaksa mangsa memakan najis sendiri sebagai tidak berperikemanusiaan. Rakaman CCTV turut menunjukkan mangsa dihentak kepalanya, dipaksa melakukan ketuk ketampi dan berdiri untuk tempoh lama.

Mangsa, Lee See Jie, meninggal dunia selepas kejadian di sebuah rumah di Taman Skudai Ria, Skudai, pada 2 Oktober 2022. Tertuduh mengaku bersalah terhadap pertuduhan pilihan di bawah Seksyen 31(1) Akta Kanak-Kanak 2001.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker