Malaysia

Bayi lahir pada 2026 dijangka hidup hingga 75.5 tahun

Bayi yang dilahirkan di Malaysia pada 2026 secara purata dijangka hidup sehingga 75.5 tahun, menurut Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) dalam laporan Jadual Hayat Ringkas Malaysia 2024-2026 yang dikeluarkan hari ini.

Berdasarkan laporan itu, bayi perempuan dijangka hidup sehingga 78.1 tahun, iaitu 4.9 tahun lebih lama berbanding bayi lelaki yang mempunyai jangkaan hayat 73.2 tahun.

Mengikut negeri, Selangor mencatat jangkaan hayat tertinggi bagi tempoh 2024 hingga 2026. Tiga negeri yang melepasi paras nasional pada 2026 ialah Selangor dengan 78.2 tahun, W.P. Kuala Lumpur 77.3 tahun dan W.P. Labuan 77.0 tahun.

DOSM berkata peningkatan jangkaan hayat pada 2026 sebanyak 1.5 tahun berbanding 2023 berkait dengan penurunan jumlah kematian antara 2023 hingga 2026, selepas lebihan kematian ketika pandemik COVID-19 pada 2020 hingga 2022.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker