Malaysia
Mayat suami isteri dibalut karpet lebih 2 hari, anak dikelar di leher

Tiga beranak ditemui meninggal dunia dalam keadaan ngeri di sebuah rumah di Kampung Belau, Merbok, malam tadi.
Mayat pasangan suami isteri berusia 65 dan 53 tahun ditemui tidak sempurna, dibalut permaidani di bahagian dapur, manakala anak lelaki mereka berusia 29 tahun ditemui di tingkat atas dengan kesan kelar di leher.
Kedua-dua ibu bapa dipercayai meninggal dunia lebih 48 jam berdasarkan keadaan mayat yang telah membengkak dan berbau.
Mayat ditemui hasil gerakan mencari oleh polis dan penduduk selepas keluarga berkenaan gagal dihubungi sejak Isnin.
Semua mayat dihantar ke Hospital Sultanah Bahiyah untuk bedah siasat. Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner Hanyan Ramlan mengesahkan kejadian dan siasatan lanjut sedang dijalankan.




