Malaysia

Indonesia laksana sistem trafik ‘one-way’ atasi sesak Aidilfitri, sesuai dibuat di Malaysia?

Pelaksanaan sistem trafik ‘one-way’ di Jakarta sempena Aidilfitri mencuri perhatian apabila dilihat berkesan mengurangkan kesesakan, sekali gus mencetuskan reaksi positif orang ramai.

Sistem itu melibatkan laluan sepanjang 344 kilometer dari Jawa Tengah ke arah Jakarta, khususnya dari KM414 Tol Kalikangkung hingga KM70 Tol Cikampek Utama, sebelum ditamatkan lebih awal apabila aliran trafik kembali terkawal.

Sepanjang pelaksanaannya, jumlah kenderaan meningkat mendadak dengan kemuncak sekitar 106,000 kenderaan sehari, manakala lebih dua juta kenderaan direkodkan pulang ke Jakarta selepas musim perayaan.

Langkah yang dilaksanakan hanya beberapa hari sepanjang tempoh puncak Aidilfitri itu menerima reaksi positif dalam kalangan penduduk, yang menyifatkannya membantu melancarkan perjalanan dan mengurangkan kesesakan teruk.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker