Malaysia

BUDI95 boleh jimatkan kerajaan sekurang-kurangnya RM2.5 bilion

Kerajaan dijangka menjimatkan sekurang-kurangnya RM2.5 bilion tahun ini menerusi pelaksanaan inisiatif Budi Madani RON95 (BUDI95).

Perdana Menteri merangkap Menteri Kewangan, Datuk Seri Anwar Ibrahim memaklumkan, inisiatif penyasaran subsidi petrol itu membolehkan penjimatan disalurkan semula kepada rakyat bagi meringankan kos sara hidup.

Menurut beliau, penggunaan MyKad terbukti berkesan dalam memastikan subsidi diagihkan secara lebih selamat dan teratur, dengan BUDI95 merekodkan purata 3.1 juta transaksi sehari atau sekitar 96 juta transaksi sebulan, sekali gus menunjukkan pembelian RON95 bersubsidi berjalan lancar.

Anwar turut menjelaskan had penggunaan 300 liter sebulan bukan isu memandangkan purata penggunaan sekitar 100 liter, manakala 90 peratus pengguna tidak melebihi 200 liter sebulan.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker