Selangor Isytihar 26 Oktober Cuti Umum Sempena Jubli Perak Sultan Selangor
Kerajaan Selangor mengisytiharkan 25 Oktober sebagai cuti umum sempena ulang tahun ke-25 pemerintahan Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah. Memandangkan tarikh itu jatuh pada Ahad, Isnin, 26 Oktober 2026, ditetapkan sebagai cuti gantian.
Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor, Datuk Dr Ahmad Fadzli Ahmad Tajuddin berkata, sebanyak 20 program akan berlangsung dari 28 September hingga 1 November bagi meraikan ulang tahun pemerintahan baginda.
Sambutan itu merangkumi istiadat rasmi seperti pemeriksaan kawalan kehormatan, upacara lafaz ikrar serta penganugerahan darjah dan pingat kebesaran Selangor. Program kemasyarakatan, keagamaan, warisan dan sukan turut diadakan, termasuk lawatan ke rumah anak yatim, bacaan Yasin, pelancaran setem khas dan kejohanan polo.
Beliau berkata, sambutan akan diadakan secara sederhana selaras dengan titah Sultan Sharafuddin yang menekankan supaya perbelanjaan dilakukan secara berhemah.



