Dunia
‘Revenge Dress’ Puteri Diana Bakal Dilelong Disember

Gaun hitam terkenal yang pernah dipakai mendiang Puteri Diana bakal dilelong di New York pada Disember ini, dengan harga dijangka mencecah AS$300,000.
Gaun rekaan Christina Stambolian itu dipakai Diana pada satu majlis di London pada 1994, pada hari bekas suaminya, Raja Charles III, mengaku mempunyai hubungan sulit dalam satu wawancara televisyen.
Sebahagian hasil lelongan akan disalurkan kepada badan kebajikan. Gaun itu pernah dilelong sebelum ini bagi mengumpul dana untuk badan kebajikan kanser dan AIDS, sebelum Diana meninggal dunia dalam kemalangan kereta pada 1997.




