Gelombang besar landa Wellington, ratusan penduduk dipindahkan segera

Ratusan penduduk di ibu negara New Zealand, Wellington, terpaksa dipindahkan pada selasa, 9 jun, selepas kawasan pantai dilanda ombak besar yang kuat.
Datuk bandar Wellington, Andrew Little, mengisytiharkan darurat di beberapa kawasan pesisir seperti Ōwhiro bay, Island Bay, Houghton Bay dan Breaker Bay selepas ramalan cuaca menunjukkan ombak besar setinggi sehingga 11 meter akan melanda.
Penduduk diarahkan keluar segera kerana keadaan laut dianggap sangat berbahaya dan pasukan kecemasan memberi amaran mereka mungkin tidak mampu membantu jika berlaku insiden.
Polis telah dikerahkan sejak awal pagi untuk menguatkuasakan arahan pemindahan dan menutup beberapa jalan utama menuju kawasan pantai. sekitar 350 rumah di kawasan tepi laut terjejas, manakala keadaan angin kencang turut menyebabkan gangguan penerbangan di lapangan terbang Wellington.
keadaan cuaca ekstrem itu turut menyebabkan gangguan serius di sepanjang pesisir pantai, termasuk ombak yang melimpah ke jalan raya dan menjejaskan pergerakan orang awam.




