Dunia
Anggota bomba Perancis berdepan awan api

Anggota bomba di Perancis berdepan fenomena pyrocumulonimbus atau awan api yang terbentuk akibat kebakaran hutan besar, sekali gus menyukarkan usaha memadam kebakaran.
Menteri Dalam Negeri, Laurent Nunez berkata kebakaran di wilayah Gironde berhampiran Bordeaux semakin sukar dikawal kerana awan itu mampu menghasilkan angin dan kilat yang boleh mencetuskan kebakaran baharu.
Lebih 250,000 penduduk dipindahkan, manakala Presiden Emmanuel Macron akan mempengerusikan mesyuarat khas Kabinet bagi menyelaras tindakan kecemasan.
Fenomena awan api sebelum ini pernah direkodkan di Australia dan Amerika Utara, serta disifatkan NASA sebagai antara fenomena cuaca paling berbahaya ketika kebakaran hutan.




