Hiburan
Zizan Razak jadi bahan meme, respon santai buat netizen lagi terhibur

Pelakon Zizan Razak menjadi perhatian selepas sekeping foto lamanya tular di Threads dan dijadikan meme oleh netizen dengan pelbagai kapsyen lucu. Trend itu mula mendapat perhatian sejak beberapa hari lalu.
Zizan, 42, turut menghiburkan netizen apabila memberi reaksi santai menerusi Threads. Katanya dia berseloroh hampir tiga jam menatal aplikasi itu tetapi asyik ternampak wajahnya sendiri.
Sikap sporting Zizan menerima pujian ramai, malah lebih banyak meme dihasilkan menggunakan foto berkenaan sehingga terus menjadi trend di platform itu.




