Hiburan
“Buat kandungan bermanfaat’ – Zhiddin Azizz ‘counter’ soalan wartawan sensasi

Perkongsian daripada Zhiddin Azizz di Threads menjadi tumpuan selepas beliau berkongsi semula pengalaman ditemu bual wartawan dalam satu program.
Menurutnya, beliau ditanya soalan sensasi berkaitan isu pencipta kandungan yang mengejar ‘engagement’, sebelum menjawab bahawa semua pencipta kandungan, termasuk wartawan perlu beretika dan menghasilkan kandungan bermanfaat.
Beliau turut mendakwa selepas memberi jawapan tersebut, tiada liputan berita dibuat mengenai dirinya walaupun terdapat beberapa wartawan daripada pelbagai media yang hadir.




