Sukan
Messi berpeluang cipta rekod dunia di piala dunia 2026

Lionel Messi, 38, berpeluang mencipta sejarah baharu apabila berpotensi beraksi dalam Piala Dunia FIFA 2026 yang akan berlangsung di Amerika Syarikat, Kanada dan Mexico.
Menurut laporan, jika Messi turun beraksi, dia akan menjadi pemain pertama dalam sejarah yang tampil di enam edisi Piala Dunia, satu rekod yang belum pernah dicapai mana-mana pemain setakat ini.
Messi juga berpeluang mengejar rekod jaringan terbanyak Piala Dunia milik Miroslav Klose dengan 16 gol, namun status penyertaannya bersama Argentina masih belum disahkan kerana faktor kecergasan.
Argentina dijangka membuka kempen mereka pada 16 Jun 2026 di Kansas City, dan semua perhatian kini tertumpu sama ada Messi akan terus mencipta satu lagi sejarah besar dalam kariernya.




