Hiburan
CEO Astro Malaysia letak jawatan selepas 3 tahun berkhidmat

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Astro Malaysia Holdings Bhd, Euan Smith, telah meletakkan jawatan selepas menerajui syarikat penyiaran itu selama tiga tahun.
Sepanjang tempoh perkhidmatannya, Euan Smith memegang peranan penting dalam mengemudi operasi dan strategi Astro di tengah perubahan besar industri media dan penstriman di Malaysia.
Bagi tempoh peralihan, bekas CEO Astro, Henry Tan akan kembali menggalas tanggungjawab sebagai Ketua Pegawai Eksekutif interim. Pelantikan itu berkuat kuasa pada 16 Jun sementara syarikat mencari pengganti tetap untuk jawatan berkenaan.




