Hiburan
“Tiada keistimewaan, kami dilayan sama rata” – Aisha Retno jawab dakwaan watak dalam PGL

Penyanyi muda, Aisha Retno tampil menepis dakwaan segelintir pihak yang mendakwa dirinya menggunakan ‘cable’ atau orang dalam untuk mendapatkan watak dalam teater muzikal Puteri Gunung Ledang(PGL).
Aisha atau nama penuhnya Sharifah Aisha Retno Sayed Sipulijam menegaskan bahawa peluang yang diterimanya itu adalah hasil usaha sendiri serta melalui proses pemilihan yang adil seperti peserta lain.
Menurut Aisha, tiada layanan istimewa diberikan kepadanya sepanjang sesi uji bakat dan latihan berlangsung.
Penyanyi itu menjelaskan bahawa semua pelakon perlu menjalani proses yang sama sebelum dipilih untuk membintangi pementasan muzikal berkenaan.




