New Zealand potong ribuan jawatan awam, jimat RM6 bilion jelang pilihan raya

Kerajaan New Zealand merancang mengurangkan ribuan jawatan dalam sektor perkhidmatan awam bagi menjimatkan kira-kira NZ$2.4 bilion (sekitar RM6 bilion), menurut Menteri Kewangan negara itu, Nicola Willis pada Selasa.
Langkah itu diumumkan menjelang pembentangan bajet negara pada 28 Mei dan ketika kerajaan campuran tengah-kanan bersiap menghadapi pilihan raya umum pada November ini.
Dalam ucapan pra-bajet di Business North Harbour, Willis berkata jumlah penjawat awam teras akan dikurangkan kepada tidak lebih 55,000 pekerja sepenuh masa menjelang Julai 2029.
Sasaran itu melibatkan pengurangan sekitar 8,700 jawatan berbanding jumlah pada Disember tahun lalu. Bagaimanapun, pemotongan tersebut tidak melibatkan guru, jururawat, doktor, anggota polis dan pekerja di bawah entiti Crown.




