Dunia
Gagal sokong ketenteraan AS, Trump pertimbang keluar NATO

Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump, mempertimbangkan untuk menarik keluar negara itu daripada NATO susulan ketidakpuasan hati terhadap peranan perikatan itu dalam konflik Iran.
Menurut laporan The Telegraph, Trump mengkritik NATO sebagai tidak berkesan selepas gagal menyokong tindakan ketenteraan AS.
Setiausaha Pertahanan AS, Pete Hegseth, mengesahkan keputusan mengenai keahlian NATO akan dibuat dalam masa terdekat.
Dalam perkembangan sama, Perdana Menteri Britain, Keir Starmer, menegaskan negaranya tidak akan terlibat dalam konflik tersebut, selari dengan pendirian beberapa negara Eropah lain yang memilih untuk menjauhkan diri.




