Dunia

Hukuman mati Israel: Rakyat Palestin protes, Hamas beri amaran ambil tindakan balas

Keputusan Parlimen Israel lulus undang-undang baharu yang menetapkan hukuman mati kepada rakyat Palestin yang disabitkan melakukan serangan maut mencetus kemarahan orang ramai.

Di Ramallah, Nablus dan Hebron, mereka buat mogok dan protes, menutup kedai dan minta dunia campur tangan sambil menyifatkan undang-undang itu diskriminatif kerana hanya menyasarkan Palestin.

Hukuman gantung boleh dilaksanakan dalam 90 hari selepas sabitan, dengan pengampunan sangat terhad.

Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dan organisasi hak asasi antarabangsa pada masa sama mengecam dasar tersebut sebagai bertentangan undang-undang antarabangsa.

Ia turut menimbulkan tekanan baharu selepas pejuang Hamas menegaskan akan ambil tindakan balas terhadap dasar yang dianggap menakutkan rakyat Palestin.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker