Dunia

Remaja lepaskan tembakan di masjid San Diego, tiga maut dalam serangan

Tiga lelaki maut selepas ditembak dalam satu serangan di luar Islamic Center of San Diego di California, Amerika Syarikat pada Isnin, dalam kejadian yang kini disiasat sebagai jenayah kebencian.

Dua suspek remaja berusia 17 dan 18 tahun turut ditemukan mati dipercayai akibat tembakan sendiri di dalam sebuah kenderaan tidak jauh dari lokasi kejadian.

Menurut polis San Diego, kejadian berlaku sekitar jam 11.43 pagi waktu tempatan ketika pihak berkuasa sedang menyiasat laporan mengenai seorang remaja yang dipercayai melarikan diri dari rumah dengan beberapa senjata api milik ibunya.

Ketua Polis San Diego, Scott Wahl berkata, tiga mangsa ditemukan mati di bahagian hadapan masjid, namun tiada anggota polis melepaskan tembakan dalam insiden itu.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker